Bertempat di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya, Berita Harian selaku penganjur Anugerah Bintang Popular telah mengumumkan senarai Top 5 Finalis Anugerah Bintang Popular 2011. So, nak ucapkan tahniah pada semua yg tercalon & nak buat ulasan sikit tentang siapa yg dijangkakan bakal menang.
Artis Komedi Lelaki Popular
- Along
- Angah
- Johan
- Nabil
- Zizan
Untuk kategori ni, semuanya produk2 Raja Lawak. Nabil telah terpalit kontroversi thn lalu, jd reputasi dia akan menurun. Aku jangkakan Zizan akan menang sbb dia agak mnonjol slps kontroversi Nabil tp z mustahil Nabil akan menang lg thn ni.
Artis Komedi Wanita Popular
- Didie Alias
- Kenchana Dewi
- Nurkhiriah
- Raja Azura
- Sharifah Shahira
Semua nama2 lama dalam kategori ni. Semua org ada kelebihan msg2 tp Nurkhiriah lbh mnonjol thn lepas.
Artis Baru Lelaki Popular
- Daus
- Maulana
- Shah Jaszle
- Shahir
- Sharnaaz Ahmad
3 org pnyanyi & 2 pelakon. Shahir mmpunyai peluang lbh bsr utk menang atas kejayaan mmasuki final AJL thn ni. Namun kontroversi Shahir blh merencatkan peluangnya utk menang.
Artis Baru Wanita Popular
- Adira
- Ana Raffali
- Mizz Nina
- Nur Syuhada @ Dottie
- Elfira Roy
Kejayaannya memenangi AJL baru2 ini spttnya blh melonjakkan namanya. Namun, tidak mustahil utk Mizz Nina utk memenanginya atas populariti lagu duet dgn Colby O'Donnis & hbgnnya dgn Noh Hujan.
Penyanyi Nasyid Popular
- Hijjaz
- In Team
- Mirwana
- Rabbani
- Raihan
W/pun telah kehilangan penyanyi utamanya, pengaruh Rabbani sukar digugat dalam genre muzik nasyid.
Artis Berkumpulan Duo/Berkumpulan Popular
- Ana Raffali/Suhaimi Mior Hassan/Altimet
- 6ixth Sense
- Azlan The Typewriter
- Bunkface
- Meet Uncle Hussein
MUH ada kebarangkalian utk menang kerana lagu Drama King amat disukai para pendengar. Namun, tidak mustahil utk Bunkface menang kerana populariti mereka di arus perdana kian meningkat.
Penyanyi Lelaki Popular
- Aizat
- Anuar Zain
- Black
- Faizal Tahir
- Shahir
Saingan dlm kategori ini sgt hebat. Semua blh menang. Namun, atas kejayaan Aizat merobohkan tembok Mawi thn lps, tidak mustahil utknya mengulangi semula thn ini. Tp sesiapapun blh menang.
Penyanyi Wanita Popular
- Adira
- Alyah
- Ana Raffali
- Stacy
- Yuna
Semua wanita2 ini mempunyai kelebihan msg2. Khabarnya, dlm undian thn lps, Stacy tlh dikalahkan oleh Dato' Siti Nurhaliza & dgn ketiadaan beliau pd thn ini, terdapat peluang utk Stacy memenanginya buat kali pertama. Yuna jg berpeluang utk menang.
Pelakon Filem Lelaki Popular
- Aaron Aziz
- Bront Paralea
- Remy Ishak
- Shaheizy Sam
- Syamsul Yusof
Shaeizy Sam dijangkakan akan menang. Dua filem lakonannya telah membuat sejarah dengan mencatat kutipan diluar jangkaan. Namun, beliau akan mendapat saingan sengit daripada Remy Ishak & Syamsul Yusof.
Pelakon Filem Wanita Popular
- Diana Danielle
- Lisa Surihani
- Liyana Jasmay
- Maya Karin
- Scha Alyahya
Liyana Jasmay mampu utk mengalahkan Lisa Surihani. Dijangkakan filem Khurafat yg bakal ditayangkan esok (13 Januari) mampu meraih undi utknya atas lakonannya yg mantap dlm filem tersebut.
Pelakon TV Lelaki Popular
- Aaron Aziz
- Ady Putra
- Fizz Fairuz
- Remy Ishak
- Shaheizy Sam
Sekali lagi Shaheizy Sam berkemungkinan utk menang w/pun lakonan dramanya tidaklah sehebat filem. Saingan terdekatnya adalah Fizz Fairuz & Remy Ishak.
Pelakon TV Wanita Popular
- Fasha Sandha
- Nurkhiriah
- Lisa Surihani
- Scha Alyahya
- Tiz Zaqyah
Lisa Surihani blh mengubat kekecewannya dgn memenangi kategori ini. Lakonan mantapnya dlm drama bersiri Adamaya mampu membuatkan peminat utk mengundinya. Namun, Nurkhiriah mampu memenangi trofi keduanya andai lakonan hebatnya diambil kira oleh para peminat disamping kejayaannya dinobatkan sebagai Pelakon Drama Terbaik Anugerah Skrin baru2 ini.
Pengacara TV Lelaki Popular
- Ally Iskandar
- Awal Ashaari
- Aznil Hj Nawawi
- Jimmy Shanley
- Zizan
Aznil Hj Nawawi dijangkakan tidak mengalami masalah utk mempertahankan kemenangannya tahun lepas. Calon2 lain dijangkaan mempunyai peluang yg tipis utk menang.
Pengacara TV Wanita Popular
- Cheryl Samad
- Fara Fauzana
- Nurul Syuhada
- Raja Azura
- Sharifah Shahirah
Fara Fauzana turut dijangkakan mampu utk mempertahakan kemenangannya tahun ini. Namun, tidak mustahil utk Raja Azura merampas kembali trofi yg pernah menjadi miliknya.
Penyampai Radio Lelaki Popular
- Aznil Hj Nawawi
- Faizal Ismail
- Halim Othman
- Kieran
- Salih Yaakub
Faizal Ismail dijangkakan akan menang. Namun dgn populariti HotFM yg sedikit merudum, tidak mustahil utk calon2 lain menang. Halim Othman berkemungkinan dpt merampas kembali takhta & Aznil Hj Nawawi mampu utk mdpt trofi keduanya pd mlm itu.
Penyampai Radio Wanita Popular
- Abby Fana
- Fara Fauzana
- Linda Onn
- Raja Azura
- Sharifah Aleya
Fara Fauzana dijangkakan akan menang dan mengekalkan trofi miliknya. Namun, dgn populariti Suria FM yg sdg meningkat naik, tidak mustahil bg Linda Onn utk mendapat semula trofi tersebut.
Utk Bintang Paling Popular, amat sukar utk dijangkakan siapa yg bakal menang. Dengan ketiadaan Dato’ Siti Nurhaliza & Mawi, mana2 pemenang kategori mampu utk memegang gelaran Bintang Paling Popular. Dijangkakan Aizat, Shaheizy Sam, & Aznil Hj Nawawi mampu utk menggengam trofi ini buat kali pertama.
Buat semua finalis, best of luck and may the best person win….
No comments:
Post a Comment