Monday, May 23, 2011

EPL 2010/2011 Review (Top Half)

EPL musim ni dah pun tamat mlm semalam. Tahniah kpd Juara Manchester United & selamat tinggal kepada Birmingham City, Blackpool & West Ham United. Musim ni merupakan musim yg paling interesting bg aku. Dan musim ini jgk mrupakan musim yg paling aku ikuti selepas aku kluar dr rumah utk msk matriks dulu. So, aku nak review musim ni. I'll try not to be bias on my review (I'm a big fan of the 19 time champions MANCHESTER UNITED). Aku akan review setiap team mngikut kedudukan dlm table. Aku mulakan dgn top half (1-10).

1. Manchester United
Team Man Utd musim ni bukanlah team terkuat Man Utd tapi team ni ada sesuatu yg team musim2 lps xda iaitu unity. Mrk bekerja sbg satu team & bukan mngejar kejayaan individu. Kelab ini seimbang dr segi komposisi pemain & dibarisi oleh gabungan pemain junior & senior. Walaubagaimanapun, kutipan mata mereka jg lbh rendah drpd musim lps. Away form sgt teruk (5-10-4) tp home form sgt menakjubkan (18-1-0). Ini merupakan faktor yg membawa kpd kejayaan mereka musim ni. Hopefully, team ni dikekalkan & dgn bersaranya Edwin Van Der Sar, goalkeeper baru yg standing harus dibeli semasa summer transfer window bg mengekalkan kejayaan. Ms dpn Paul Scholes jg msh samar. So, midfielder baru jg harus dibeli.

2. Chelsea
Amat mnyakinkan di awal musim namun persembahan hambar di pertengahan musim mengakibatkan mereka gagal untuk mengulangi pencapaian musim lepas. Dibarisi oleh pemain2 yg kebayakannya berusia lingkunagn lwt 20an atau awal 30an merupakan antara faktor kegagalan mereka. Kedatangan Fernando Torres tidak membantu langsung namun David Luiz sedikit memberi kelegaan di bhgn pertahanan. Dengan pemecatan Carlo Ancelotti beberapa jam selepas kekalahan kpd Everton, sukar bg mereka utk mewujudkan kesatuan & kesepaduan antara pemain. Summer transfer window ni hrsnya digunakan sebaik mungkin utk membeli pemain muda yg berkualiti utk digabungkan dgn pemain senior sedia ada.

3. Manchester City
Tidak mengejutkan utk melihat team ni ditangga ke-3 musim ini. Dengan jumlah duit yg dilaburkan, mereka sepatutnya diposisi lebih baik namun kedudukan mereka tidak mengecewakan. Prestasi mereka kurang konsisten. Adakalanya bermain dgn sgt bgs namun adakalnya bermain dgn mengecewakan. Syabas diucapkan atas kejayaan mengakhiri kemarau gelaran 35 tahun meraka dgn menangi FA Cup. Walaubagaimanapun, dgn ura2 pemergian kapten mereka, Carlos Tevez, mereka sptnya bersedia utk berbelanja bsr sekali lagi. Ada khabar angin meyatakan mereka ingin membawa dua Jepun Keisuke Honda & Yuki Abe.

4. Arsenal
One word. Disappointing. Pada satu ketika mereka dilihat mampu mengakhiri kemarau gelaran 5 thn & berpeluang utk merebut 4 gelaran. Mereka bermain dgn sgt menghiburkan. Tp tiba2.... Puf...... Selepas kekalahan di final League Cup, tersingkir dr FA Cup & Champions League,prestasi mereka turun mendadak. Moral pasukan jatuh. Barisan pemain muda Arsene Wenger tidak mempunyai kekuatan mental utk mnghadapi semua itu dlm masa kurang 4 minggu. Jika msh berada di Emirates musim dpn, beliau seharusnya melabur utk membeli goalkeeper baru & memperkuat bhgn pertahanan. Namun dgn ura2 pemergian ramai pemain muda berbakat & sekiranya Cesc Fabregas meninggalkan Arsenal utk ke Barcelona musim dpn, Arsenal sukar utk mencabar gelaran juara musim dpn.

5. Tottenham Hotspur
Musim yg menakjubkam utk mereka. Berjaya ke suku akhir Champions League & berdepan Real Madrid merupakan pencapaian terbaik kelab ini di era baru. Namun, mereka tidak akan kembali musim dpn & hny akan bermain di play off Europa League. Agak mengecewakan bagi pasukan ini yg bermain dgn sgt bagus musim lps. Kebergantungan kpd Gareth Bale & Rafael Van der Vaart menyebabkan kelab ini gagal mencapai aksi konsisten. Namun, sekiranya barisan sedia ada dikekalkan &diperkuatkan dgn pembelian pemain baru utk mgukuhkan pertahanan, kelab ini mgkn mampu mencabar semula musim dpn.

6.Liverpool
Penamat yg baik utk kelab yg pada satu ketika berada di zon penyingkiran. Prestasi di awal musim mengecewakan namun selepas pemergian Roy Hodgson & digantikan oleh Kenny Dalgish, prestasi kelab naik. Pemergian Fernando Torres tidak membawa impak besar & dgn kedatangan Luis Suarez & Andrew Caroll byk membantu kebangkitan kelab ini. Pastinya kegagalan ke Europa League akan menjadi rahmat kpd mereka kerana mereka blh fokus utk memenangi gelaran musim dpn & merampas kembali gelaran kelab paling berjaya di England drpd Man Utd.

7. Everton
Spt jiran mereka Liverpool, kelab ini turut bermula dgn agak hambar. Pernah berada hampir dgn zon penyingkiran. Persembahan mereka kurang menentu namun akan memberikan prestasi terbaik ketika berdepan kelab2 top 4. Kejayaan menumbangkan Chelsea dlm saingan FA Cup merupakan turning point mereka. Dengan skuad yg ada, mereka mampu utk menjadi pengacau musim hadapan & berupaya utk menumbangkan kelab2 besar atau setidak2 nya menyusahkan mereka. Mereka juga tidak akan berbelanja besar utk musim dpn memandangkan skuad sedia ada sudah memadai utk kembali sebagai pengacau musim dpn.

8. Fulham
Kerap kali menjadi pengacau utk kelab2 besar satu ketika dahulu namun musim ini mereka gagal memberikan impak sama musim ini. Mereka telah mnjadi kelab mid table yg regular (kalah dgn kelab elit menang dgn kelab kecil). Walaubagaimanapun, kelab ini mungkin kembali ke Europa League musim dpn atas tiket Fair Play oleh itu musim mereka mungkin bermula awal. Byk yg harus diperbaiki utk kelab ini mencabar kelab2 elit musim hadapan.

9. Aston Villa
Merupakan salah satu pencabar utk ke Champions League pd musim lps namun pada musim ini bergelut di zon penyingkiran pada pertengahan musim. Pemergian Martin O'Neil sblm bermulanya musim ini nya memberikan impak negatif. Mujur pembelian semasa January transfer window berjaya menyelamatkan mereka drpn tersingkir. Dgn masa dpn Gerard Houllier yg msh belum pasti akibat masalah kesihatan, ms dpn kelab ini juga masih dlm kesamaran. Tidak diketahui apa akan berlaku pd summer transfer window. Beberapa pemain handalan mereka turut diintai oleh kelab2 elit.

10. Sunderland
Bermain dgn amat bgs di awal musim namun prestasi mereka merudum tiba2. Kekalahan demi kekalahan mula dirasakan. Mereka berada di kedudukan terbaik utk mencabar kedudukan ke Europa League pd pertengahan musim namum prestasi merudum mereka memusnahkan segalanya. Akhirnya, mereka terpaksa berpuas hati di tangga ke-10. Kekurangan konsistensi merupakan masalah utama kelab ini & sekiranya ia dpt diatasi, mereka mampu mencabar kembali musim dpn.

Nantikan review bottom half plak ye. Till then....

No comments:

Post a Comment