Tuesday, May 24, 2011

EPL 2010/2011 Review (Bottom Half)

Posting lps aku review Top Half & spt y dijanjikan aku akan review Bottom Half plak. So check it out

11. West Bromwich Albion
Berada di zon penyingkiran pada pertengahan musim Namun selepas pemegian Roberto Di Matteo & digantikan dgn Roy Hodgson, nsb mereka berubah. Dgn hny 2 kekalahan dlm 11 perlawanan, beliau berjaya mnyelamatkan West Brom drpd pnyingkiran. Byk improvement hrs dibuat jika ingin kekal dlm EPL slps musim dpn.

12. Newcastle United
Agak mengejutkan melihat kelab yg pernah mencabar Man Utd utk gelaran juara EPL disingkirkam 2 musim lps. Namun mereka hny memerlukan 1 musim utk kembali ke EPL. Ketajaman Andrew Caroll byk membantu mereka di awal musim. Namum, selepas beliau dijual ke Liverpool prestasi kelab sedikit merudum. Salah satu kejayaan terbesar kelab musim ini adalah mengikat Arsenal 4-4 slps ketinggalan 0-4 pada sprh ms pertama. mmg sgt mengagumkan. Skuad sedia ada harus diperkuatkan terutamanya di bhgn serangan slps pemergian Caroll sekiranya ingin kembali sbg pencabar musim dpn.

13. Stoke City
They are not playing the prettiest football in EPL but when it deliver a another year of survival, they don't care. Berjaya ke final FA Cup utk kali pertama merupakan pencapaian terbaik mereka setakat ini. Mereka juga berjaya menggelakkan diri dr tersingkir. Utk kelab yg bermain secara biasa, sampai ke final sudah cukup hebat. Utk mgulangi kejayaan yg sama agak sukar musim depan. Oh ya. Mereka turut berjaya ke 3rd qualifying round Europa League atas tiket runner-up FA Cup. Best of luck.

14. Bolton Wanderers
Kedudukan yg agak mengecewakan utk pasukan yg dipenuhi pemain berbakat. Berada di top half hampir sepanjang musim namun kekalahan dalam 5 perlawanan terakhir menyebabkan mereka jatuh ke tangga ke-14. Berjaya ke semi final FA Cup namun dibelasah oleh Stoke City 0-5 mungkin menyebabkan moral pasikan jatuh.

15. Blackburn Rovers
Agak mengejutkan apabila pengurus Sam Allardyce dipecat ketika kelab berada agak selamat drpd zon penyingkiran. Kesannya jelas tatkala melihat mereka bertarung utk tidak tersingkir pada perlawan terakhir musim ini. Sukar dipercayai kelab ini pernah menjulang EPL pd musim 1994/1995. Utk kembali kpd kegemilangan musim tersebut agak sukar kerana byk kelab lain telah meningkat dr tahun ke tahun.

16. Wigan Athletic
Berada di zon penyingkiran hampir sepanjang musim, kemenangan dalam 2 perlawanan terakhir dibantu kekalahan pasukan lain berjaya menyelamatkan mereka drpd tersingkir. Mereka mungkin mndapati diri mereka berada di zon penyingkiran sekali lagi sekiranya tiada perubahan dilakukan.

17. Wolverhampton Wanderers
Turut berada di zon penyingkiran hampir sepanjang musim namun kemenangan dalam 2 drpd 3 perlawanan terakhir berjaya menyelamakan mereka. W/pun pengurus mereka mensasarkan utk ke Top Half musim dpn, dgn skuad sedia ada, ia sukar utk dilakukan. Spt Wigan, mereka mgkn berada dlm zon penyingkiran sekali lagi pada musim dpn.

18. Birmigham City
Musim yg amat bercampur baur utk mereka. Kejayaan menjulang League Cup amat manis namun tersingkir dr EPL amat pahit utk ditelan. Nasib mereka berubah slps kejayaan League Cup. Prestasi kurang memberangsangkan menjadi faktor mereka tersingkir. Layak ke Europa League play-off musim dpn namun rsnya mereka tidak mampu utk pergi jauh.

19. Blackpool
Agak menyedihkan melihat kelab yg bermain dgn sgt menghiburkan ini tersingkir selepas hny 1 musim di EPL. Antara kelab yg byk menjaringkan gol namun kepincangan di barisan pertahanan menyebabkan mereka bolos paling byk iaitu 78 kali. Mempunyai rekod perlawanan Home & Away yg hampir sama. Kejayaan termanis mereka mungkin ialah menewaskan Liverpool 2-1 Away & Home. Sekiranya mereka bertemu dgn pasukan lain pd perlawanan terakhir mereka mungkin berpeluang utk kekal di EPL (mereka bertemu Man Utd pd perlawanan terakhir & kalah 2-4 selepas mendahului 2-1 pada satu ketika). Goodbye Blackpool. You will be missed.

20. West Ham United
Utk kelab yg dibintangi 4 pemain skuad kebangsaan England, prestasi kelab ini amat mengecewakan. Mereka merupakan satu2 kelab yg dirasakan mmg selayaknya utk disingkirkan. Berjaya terlepas drpd penyingkiran pd musim lps namun nsb tidak menyebelahi mereka musim ini. Avram Grant yg pernah membawa Chelsea ke final Champions League namun gagal membawa kejayaan sama utk kedua2 kelabnya selepas itu iaitu Portsmouth & West Ham. Beliau dipecat 1 jam selepas West Ham disingkirkan dr EPL. Masa dpn kelab ini belum pasti & ramai pemain bintang akan beralih arah utk trs kekal di EPL.

Itu sajalah review aku utk EPL musim ni. Hrp2 EPL musim dpn akan lbh menarik dgn kedatangan kelab baru Queens Park Rangers & Norwich City. Kedua2 kelab ini pernah berada dlm EPL. Satu lg tempat akan ditentukan dlm  final play-off antara Reading & Swansea City. Reading pernah berada dlm EPL manakala Swansea blm pernah. Good luck kpd semua team yg promoted musim dpn. Ok la. Till then....

No comments:

Post a Comment