Sunday, January 16, 2011

Khurafat : Perjanjian Syaitan


Aku x kire. JPA msk ke tak, aku ttp nak tgk movie ni. And to be frank, mmg berbaloi. Seram & ngeri. Lbh2 lg aku ni mmg penakut & takut darah. Dah la tgk sorg2 plak tu. Mls nak ajak sape2 sbb bknnya diaorg nak pg pun.

Overall movie ni seram & ngeri. Aku rs ni 1st movie melayu yg aku tgk rating dia 18. So faham2 je la ye. Salah satu sbbnya latar bunyi yg digunakan. Meremang bulu roma beb. W/pun tidak setaraf movie seram thailand tp ketakutan tu msh ada. Byk kali jgk aku jerit bila hantu2 tu kluar. Huhuhuhu. Antara babak yg ngeri adalah bila Anna lakonan Sabrina Ali mendera dirinya dgn pisau. Adusss. Aku ni dah la takut darah. Tp ending dia mmg unpredictable. Nak tau ape endingnye. Tgk la sendiri. Tp jgn bwk aku sbb aku x nak tgk. Nnti aku jerit lg dlm panggung, buat malu je. Hahahaha.

Tahniah kepada para pelakon. Good job everyone. Syamsul smakin mantap dlm lakonan w/pun msh ada yg boleh diperbaiki. Wataknya sbg Johan meyakinkan w/pun sedikit kaku. Aku agak sedikit krg puas hati dgn lakonan Liyana Jasmay sbg Aishah. Tidak byk emosi yg ditunjukkan & wataknya tidak berkembang. Tabik spring la dgn Sabrina Ali. Mmg mantap. Lakonannya mmg menjadi, ngeri aku tgk. Mnyampah pun ada. Tahniah jgk pd pelakon2 yg lain. Korg mmg the best. (Satu je yg aku musykil. Kalau produksi Skop Production je, mesti ambik org yg sama. Knp ek????)

Byk pengajaran dlm movie ni. Tp utk umat Islam, jgn sesekali bersekongkol dgn syaitan & jin. Ia akan mendatangkan mudarat yg amat bsr. Lagi satu, jgn sesekali bertindak bodoh semata-mata mahu mendapat apa yg kita nak. Fikirkan secara rasional ttg kesan & akibat sekiranya kita bertindak sedemikian. Jgn mungkir janji. Akibatnya amat dahsyat. Sentiasa ingat pada Allah & berserah kpd-Nya atas segala takdir & ketentuan.

Overall aku bg movie ni 4.5 bintang. So pg la tgk movie ni. Pasti korg x nak tgk lagi lps ni. Hahahaha.

P/S: Liyana Jasmay nampak sgt comel pakai tudung. Aku jatuh cinta. hahaha...

No comments:

Post a Comment